Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia
50 idea “Bagaimana
Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Sangat menarik
Lebih Ramai Pelanggan kepada Anda Dalam masa yang Singkat!”
Perniagaan anda boleh hidup atau “mati” bergantung
kepada berapa banyak jualannya? bukan ?
Anda mungkin mempunyai produk atau
perkhidmatan terbaik paling “power” di dunia atau anda mungkin boleh buat kek
yang paling hebat diseluruh galaksi,tetapi jika tidak ada orang yang membeli
daripada anda atau tidak berapa ramai orang yang datang kepada anda untuk
membeli daripada anda,ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan
anda hanya “nyawa-nyawa ikan”.
Untuk meningkatkan jualan,anda perlukan
strategi pemasaran yang bagus .Anda perlu belajar bagaimana untuk menarik
perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta
membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.
Idea yang diberikan ini adalah sebagai
‘PERMULAAN” kepada anda untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan
anda sendiri.
Bila dikatakan yang
sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan kepada
anda, ia adalah benar!.
katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran,anda akan menarik “ramai gila” pelanggan “berkejaran” untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga.Ia adalah benar!
katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran,anda akan menarik “ramai gila” pelanggan “berkejaran” untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga.Ia adalah benar!
Itulah yang berlaku dan ramai pelanggan
korporat atau individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran ini.
Persoalannya,adakah
anda cukup stok atau kakitangan untuk uruskan pelanggan yang mencarianda nanti
?
Ini adalah senarai 50 idea pemasaran luar
biasa,anda tidak akan tahu keberkesanannya sehingga anda mencuba :-
1) Kongsikan Apa Yang
Anda Tahu Kepada Orang Lain : Apa yang anda ketahui
tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai
kepada orang lain.Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda,tetapi
maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya
secara percuma.Tuliskan artikel di blog,lamanweb atau lama sosial seperti
FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang
yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful
atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang perancangan kewangan yang
betul. kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang
pelan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada
orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman tersendiri,
orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
2) Menciptakan Suasana
Yang Sesuai Dengan Tema Semasa : Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat
membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian
untuk melayan pelanggan. Contohnya,tahun baru cina, anda mungkin memakai baju
“cheong sam” serta memberkan hadiah limau amdarain kepada pelanggan anda. Jika
bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau baucar berbuka puasa kepada
pelanggan anda. kadang-kadang anda boleh melihat trend filem terkenal dan alris
di panggung wayang dan jadikanianya tema kepada suasana perniagaan anda.
Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem
“Harry Potter’ di panggung wayang,anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda
mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf seperti
tukang sihir di dalam filem ‘Harry Potter” pada hari tertentu dan ini akan
menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan
melihat anda. Apa lagi ? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah
sesuatu kepada mereka , mungkin pembelian senganharga istimewa ?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan
“Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan apabila anda menziarahi
mereka.Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang
anda tawarkan!
3) Berikan Kad Diskaun
Atau Baucar Percuma : Ini adalah cara paling
mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda
mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di
kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk
menunjukkan yang anda menghargai mereka.
4) Perkhidmatan
Pelanggan Yang Luar Biasa : Ingat, tidak ada yang
lebih hebat dari pada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidamatan
pelnaggan yang hebat adalah senjata yang paling ‘power” di dalam menghadapai
persaingan di dalam perniagaan.Jangan anggap yang disebabkan anda masih
berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan,menjawab
telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon,melayan pelanggan dengan
mesra dan tenang.Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih
kecil,sampai bila pun perniagaan anda tidaka akan menjadi besar.
5) Lancarkan
Pertandingan Atau Cabutan Bertuah : Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database”
pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat
tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. gunakan sistem sms,
blog, lawan web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang
kempen anda.
6) Tambah Maklumat
Baru di Laman Web Anda : cara yang paling mudah
untuk anda mendapatkan strategi SEO ( Search Engine Optimisation) untuk
meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang
anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti
terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin.Anda akan terperanjat melihat
rangking laman web anda meningkat dalam amsa yang singkat.
7) Blog : Sekiranya anda merasakan yang anda tida mahir menulis
untuk laman web, apa kata gunakan BLOG. Ia adalah percuma dan mudah untuk anda
berkongsi kepakaran anda.Blog yang bagus akan membuatkananda popular
dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda.Teknologi blogging yang
paling banyak digunakan pada hari ini ialah seperti Blogspot atauWordPress kerana ianya adalah percuma.
8.) Maksimakan
penggunaan kad perniagaan anda : Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya
menulis seperti “Ali Bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara…?” Tetapi
anda tidak tahu apakah perniagaan Ali Bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda
hanya untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan
anda atau apakah kepakaran anda supaya lebih mudah untuk pelanggan merujuk anda
bila diperlukan nanti.
Tips tambahan : Biasanya memberi 2 keping kad
perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang laindan katakan anda
sengaja berikan 2 keping kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang
mungkin memerlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling
mudah dan berkesan kerana orang lain akan menolong mempromosikan perniagaan
anda.
9) Maksimakan jenama
(Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta
kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat
(Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda
atau di alat tulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda.Ia cara mudah
untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda.Anda mungkin
dilihat seperti syarikat “besar punya”.
10) Rakamkan video
anda di Youtube : Steve Job,CEO kepada
syarikat gergasi Apple INC menggunakan Youtube setiap kali Apple melancarkan
produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos
yang paling rendah.Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman
web anda serta kongsikan di laman sosial seperti FACEBOOK.
11) Melaburlah untuk mendapatkan
kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau
kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi,pastikan yang anda
melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin
tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah
nilai perniagaan anda.
12) Mempromosi ketika
pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian : Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau
menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungka kepada pihak yang
berkenaan, pastikan mereka yang sedang menunggu itu diberikan bahan bacaan yang
membantu mempromosikan produk atau perniagaan anda. Sekiranya di
talian,pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau
perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak
membantu menambah nilai perniagaan anda.
13) Berikan hadiah
percuma yang lain dari yang lain : Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin emmbosankan
dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza seperti sapu
tangan yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi untuk bersantai, atau
mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi
“bersama-sama” anda setiap hari ?
14) Minta dan gunakan
testimonial pelanggan : Manusia lebih yakin
bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus
menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
15) Berikan Jaminan
Wang Dikembalikan : Sekiranya anda yakin
dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda.
Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda
berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk
atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk
dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
16) Berkawan dengan
selebriti radio atau TV : Cari jalan untuk
merapatkan diri denga selebriti radio atau tv.Mereka adalah manusia yang
sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan
mereka akan menyebut nama anda apabial bersiaran.
17) Tukar mesej
telefon anda : Sekiranya ada orang
yang menelefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya
mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej
panggilan telefon anda daripada ” Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan
pesanan anda!”, tukarkan kepada ” Maaf, kami amat sibuk melayan pelnaggan kami
sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan nombor telefon
anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05 pagi nanti!”
18) Mewujudkan sistem
memperkenalkan kawan : Sekiranya pembekal
atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan
mereka penghargaan contohnya baucar RM50 untuk setiap pelanggan baru yang
diperkenalkan.
19) Lancarkan kempen
untuk membuat sesuatu perubahan : Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau
tidak berpuas hati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen
kesedaran di kawasan anda, contohnya kempen menentang aedes. Sekiranya
perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah
lebih baik.
20) Menawarkan
perundingan atau memberikan ucapan : Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka,
tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara
percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang
tersebut.
21) Berpakaian menarik
mengikut tema pakaian tertentu : Ia hampir sama dengan idea sebelum ini,tetapi ini adalah
berpakaian mengikut tema pada hari-hari tertentu dalam seminggu. Ini akan
membuatkan pelanggan tertarik dengan keceriaan kedai atau pejabat anda.
22) Berkenalan dengan
hampir sesiapa sahaja : Mereka yang bijak
membuat pemasaran adalah mereka yang bukan berkenalan dengan orang lain untuk
menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka
lakukan. Pendek cerita,berkawan dan minat untuk mengenali orang lain. Tetapi,
suka atau tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang anda lakukan,
“Terpaksalah” anda kongsikan tentang perniagaan anda.
23) Menulis Ebook
Percuma : Ya,menulis e-book atau
artikel dan berikan secara percuma di laman web anda atau melalui email. Ia
akan membina kredibiliti anda.
24) Menaikkan Harga : Kadang-kadang, strategi menurunkan harga
bukanlah cara yang paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga
pun bleh mennarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin akan kehilangan pelanggan
yang “low-end” tetapi akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.
25) Mulakan
E-Newsletter : Gunakan format
newsketter yang memudahkan untuk sentiasa “stay connected’ dengan
pelanggan-pelanggan auat prospek anda. Ingat, rahsia pemasaran adalah bagaimana
anda sentiasa mengingatkan merekan tentang “kewujudan” anda!
26) Ubah Cara
Bagaimana Telefon Anda Dijawab : Berikan staff anda kebebasan untuk emncuba
menjawab telefon dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat. Sekiranya kita
menjawab panggilan dengan senyuman dan ceria, pelanggan anda pasti dapat
merasakan keceriaan tersebut, begitulah sebaliknya.
27) Gunakan Krew
Promosi : Anda boleh mendapatkan
krew ‘part-time’ yang boleh membantu anda membuat promosi serta memberikan
informasi anda kepada orang ramai. Pastikan mereka memakai t-shirt yang
mempunyai logo perniagaan dan kempen pemasaran anda.Pastikan juga mereka ceria
apabila menyertai kempen ini.
28) Mempromosikan
produk atau perkhidmatan anda secara bersilang (Cross Promotions) : Apakah produk atau perkhidmatan lain yang pelanggan anda
mungkin perlukan ? Setelah mereka membeli daripada anda, biasanya mereka
gembira untuk tahu apakah produk yang anda boleh tawarkan.
29) Menjual hadiah /
baucar penghargaan : Ramai pelanggan gemar
untuk membeli hadiah atau baucar untuk dijadikan hadiah kepada orang lain.
Contohnya jika anda ke kedai buku Borders, mereka ada menjual baucar hadiah di
kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan kepada orang lain.
30) Buat sesuatu yang
diluar jangkaan : Apa perasaan anda jika
kek ditempat anda mengirimkan SMS kepada anda dan meminta anda untuk datang ke
kedainya bagi mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun kepada
anda untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai tanda
penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh lakukan
kepada pelanggan anda. Anda boleh dapatkan sistem SMS dan kredit percuma di www.joowaal.com . Ia adalah sangat efektif.
31) Mengeluarkan Press
Release : Salah satu perkara
yang penting untuk anda lakukan adalah untuk menghantar press release kepada
media. Press Release dengan kisah yang menarik akan memberikan anda pendedahan
percuma di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi anda serta
meningkatkan jualan anda.
32) Sertai mana-mana
organisasi yang boleh menyokong perniagaan anda : Libatkan diri dengan mana-mana persatuan, kelab, dewan
perniagaan atau koperasi yang dapat memberikan anda kelebihan untuk
menggembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.
33) Menjual apabila
anda mengeluarkan invois : Sekiranya anda
berurusan dengan pelanggan korporat atau syarikat kecil dan sederhana, biasanya
yang melihat dokumen invois tersebut adalah orang penting di syarikat tersebut.
Buat satu cop getahberbunyi “Terimaasih kerana berurusan dengan kami, semoga
kami mendapat bayaran yang pantas” dan copkan di invois tersebut.
34) Membuat katalog
produk : Salah satu cara paling
klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang senarai produk atau
perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah lebih elok produk tersebut
disenaraikan di laman web anda dan ianya boleh dicetak dari situ. Anda juga
boleh menggunakan digital printing yang kosnya adalah lebih rendah daripada
percetakan biasa.
35) Kempen mengutip
Sampah : Atau kempen
membersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk tabung anak yatim.
Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen melibatkan masyarakat
setempat. pastikan juga yang anda menaja t-shirt yang mempunyai logo syarikat
anda serta membuat press release untuk mengumumkan kempen tersebut.
36) Gunakan Kajian Kes
: Sama seperti
testimonial pelanggan, kajian kes akan menunjukkan anda sebagai pakar dan
pengalaman pelanggan yang gembira dengan anda.
37) Menggunakan Kaedah
Pemasaran Yang Menyeronokkan : Pasang spotlight di atas bangunan majlis perbandaran yang
menunjukkan logo perniagaan anda atau memberikan belon yang mempunyai logo
perniagaan anda kepada kanak-kanak, ia adalah cara pemasaran yang mudah tetapi
berkesan.
38) Menulis Kepada Akhbar
tempatan : Akhbar tempatan
biasanya memerlukan banyak berita tentang apa yang berlaku di sekeliling
mereka. Biasalan membeli akhbar tempatan serta menulis kepada editor mereka
mengenai mana-mana isu yang anda boleh sumbangkan cadangan atau kepakaran.
39) Fokus Untuk
Memperbaiki Staff Anda : Gunakan pihak ketiga
untuk menguji dan menilai staff anda bagi memastikan yang mereka sentiasa
menjaga reputasi syarikat serta membeikan yang terbaik kepada pelanggan.
40) Lakukan Sesuatau
Yang Orang Lain Tidak Lakukan Atau Tidak Dapat Lakukan :Analisa pesaing anda
dan perhatikan apa yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada sesiapa yang
berikan kepada mereka. Ia mungkin agak sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan
kerana ia akan membuatkan anda unik.
41) Pergi Bercuti : Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu
tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan ketandusan tenaga dan
idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat strategi pemasaran baru.
Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk emlihat perniagaan anda dari
perspektif yang berbeza dan biasanya akan mendapat lebih banyak idea untuk
memperbaikinya.
42) Lancarkan
Publisiti Tergempar : Buat sesuatu yang
dapat menarik media dan orang ramai kepada anda atau perniagaan anda. Kalau boleh
pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan anda.
43) Gunakan Forum di
Internet : Sekiranya anda ingin
menambah database pelanggan yang datang ke laman web anda, luangkan masa 1 jam
senminggu untuk emnjawab email atau soalan di forum yang ada kaitan dengan anda
atau perniagaan anda.
44) Tips Percuma Di
Facebook Atau Mana-Mana Media Sosial Di Internet : Bersedia untuk memberikan tips percuma yang membantu orang
lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda. Ini
membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.
45) SMS Pelanggan Anda
: Apa perasaan anda sekiranya setiap
tahun,kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan sms 1 hari sebelum
harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada anda serta
menawarkan baucar diskaun pembelian kek kepada anda ? Sistem SMS yang bagus
seperti di www.ESTI.com.my dapat membantu anda untuk memprogram
sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih
efektif.
46) Tingkatkan Imej
Anda, Perniagaan Atau kedai Anda : Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa
nampak baru, segar, terkini dan ceria.
47) Sokong Badan
Kebajikan : tuliskan di akd
perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang menyokong badan kebajikan
mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan,anda juga dapat membantu
bersama-sama mereka. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.
48) Tulis Dan
Kongsikan Profil Atau Kisah Anda : Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau
pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari
ini lebih berjaya. Ia akan memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri
anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin
lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana .
49 ) Email : mengirimkan email kepada pelanggan anda dan meberikan
panduan,tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau
perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.
50) Sentiasa Tersenyum
Dan Teruja : Ya, ini adalah penting
kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka tenaga
positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas
berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan
kongsikan dengan orang lain secara percuma.
P/S : entri ni sekadar untuk berkongsi sahaja,banyak yang boleh kita
guna di dalam kehidupan seharian jika anda bergelar seorang ahli perniagaan,blogger
dan sebagainya.Selamat mencuba 50 Idea
Pemasaran Luar Biasa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan