Ahad, 20 November 2011

Asas Perniagaan

Apakah perkara Asas Perniagaan?

Terdapat 5 persoalan yang perlu anda ketahui Sebelum memulakan perniagaan

Kenapa anda nak berniaga?

Kebanyakan orang akan mengatakan “aku nak berniaga kerana nak tambah pendapatan, nak rasa duit banyak, nak hidup selesa, nak kaya, ada masa dengan keluarga, sentiasa ada duit, boleh buat apa saja, boleh beli apa saja dan banyak lagi”. Tetapi tahukah anda sebab kenapa anda perlu berniaga?. Sebenarnya perniagaan adalah satu pekerjaan  yang Mulia, tahukah anda jika anda berniaga anda telah membantu pelanggan anda?

Sebagai contoh saya sebagai penulis Buku Yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan. Saya menulis Buku itu dan menjualnya kepada anda kerana anda perlukan buku itu sebagai panduan untuk memulakan perniagaan, jadi tahukah anda bahawa saya telah membantu anda untuk menjadi peniaga yang faham akan fungsi sebenar perniagaan, supaya anda tidak tersalah dalam menjalankan perniagaan dan tidak memusnahkan perniagaan yang anda lakukan sendiri. Dan sebagai balasannya anda memberi sejumlah wang yang telah saya tetapkan berdasarkan kos yang perlu saya tanggung semasa menjual buku ini kepada saya dan sedikit upah.

Jadi apakah tujuan asal anda berniaga?
Tujuan asal anda berniaga adalah untuk membantu menyelesaikan masaalah tertentu pada orang tertentu.

Jadi anda sudah faham kenapa anda perlu berniaga bukan! Apakah langkah seterusnya yang anda perlu lakukan sebelum menjalankan perniagaan? Anda perlu mengetahui apa yang perlu ada sebelum memulakan perniagaan.

Apakah yang Anda Perlu Ada Sebelum Memulakan Perniagaan?

Perkara pertama Yang anda perlu ada adalah MINAT, kenapa dengan minat berniaga penting untuk memulakan perniagaan? Mudah sahaja. Sesuatu yang anda kerjakan tanpa minat anda melakukannya tanpa kesungguhan, tanpa perancangan tanpa semangat untuk menjayakan perniagaan. Jadi kalau saya tiada minat untuk berniaga bagaimana? Tapi saya tahu 9/10 punca  rezeki adalah dengan berniaga. Jadi saya patut berniaga tapi saya tak minat.

Tahukah anda sesuatu yang anda minat datangnya daripada pengetahuan atau ilmu, tanpa  ilmu pasti anda tidak berminat untuk melakukan sesuatu kerja bukan? Jadi ilmu adalah perkara kedua terpenting sebelum melakukan perniagaan. Sebagai contoh anda lihat kawan anda berniaga dan anda tahu dia berjaya dalam peniagaannya, jadi anda sudah pasti ingin tahu bagaimana dia  berjaya bukan?

Sekarang anda sudah berminat untuk melakukan perniagaan, tapi bagaimana untuk memulakan perniagaan? Anda mempunyai kawan yang berjaya dalam perniagaan bukan? Minta pertolongan darinya untuk membantu anda memulakan perniagaan, kenapa anda perlu pertolongan dari kawan anda untuk memulakan perniagaan. Anda tahu dia berjaya dalam perniagaannya… dan sudah pasti dia mempunyai pengetahuan dan cara bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan. Jadi untuk anda memulakan perniagan anda perlu mencari seorang MENTOR (orang yang mempunyai ilmu, cara kerja atau sistem) untuk membantu anda memulakan perniagaan. Jadikan dia sebagai sumber ilmu untuk anda berjaya dalam perniagaan.
Sekarang anda sudah boleh mulakan perniagaan.

Bagaimana nak mulakan perniagaan?

Perkara pertama yang anda perlu tahu sebelum memulakan perniagaan adalah mengenal pasti masaalah orang ramai. Di atas tadi saya sudah terangkan apakah yang menyebabkan anda perlu berniaga. Kunci perniagaan adalah MASAALAH. Dengan masaalah anda boleh mendapat  wang. Jadi apakah masaalah orang ramai yang anda boleh selesaikan, Saya yakin anda mempunyai kemahiran tertentu  yang dapat anda gunakan untuk membantu orang lain. Ia juga merupakan tanggungjawab anda membantu orang lain yang memerlukan anda untuk menyelesaikan masaalahnya. Sebaiknya gunakan kemahiran yang anda ada untuk memulakan perniagaan. Jika anda rasa anda tidak mempunyai kemahiran yang dapat anda gunakan untuk dijadikan punca perniagaan anda anda boleh gunakan Mentor anda tadi untuk membantu anda memilih perniagaan apa yang anda boleh lakukan.

Sekarang saya andaikan anda sudah mempunyai produk yang anda nak niagakan jadi apakah langkah seterusnya? Langkah seterusnya adalah bagaimana cara untuk anda memasarkan produk anda tadi. Terdapat banyak kaedah yang anda boleh gunakan untuk menjual produk anda tadi. Antaranya anda boleh buka kedai, jual di internet, jual pada kawan terdekat dan banyak lagi cara yang anda boleh gunakan.

Ini adalah perkara  PENTING dalam perniagaan Teknik Pemasaran akan menentukan kejayaan produk anda tadi terjual. Sebagai contoh anda mempunyai minat mengambil gambar (fotografi). Dan anda tahu ramai orang mahu mengabadikan kenangan  manis mereka samaada kenangan perkahwinan, ulang tahun kelahiran dan sebagainya di dalam album gambar. Jadi disinilah peluang anda menjalankan perniagaan. Tetapi terlalu ramai persaing dalam bidang ini . Disinilah peranan ilmu pengetahuan anda dalam bidang tersebut menentukan pelanggan untuk memilih anda atau pesaing anda. Apa yang anda perlu ada ialah ilmu dan kemahiran fotografi dan juga pengetahuan tentang pemasaran.

Sekarang anda sudah mempunyai pelanggan yang ramai. Dan pendapatan anda sudah banyak, kerja anda juga sudah banyak anda semakin sibuk dengan urusan perniagaan sehingga anda tiada masa untuk lakukan kerja lain dan prestasi kerja anda juga sudah menurun kerana anda tidak mempunyai pengetahuan tentang pengurusan kerja, pengurusan wang dan pengurusan pemasaran dan menyebabkan pelanggan anda lari dan memilih pesaing anda.

Jadi Pengurusan Perniagaan Juga amat penting dalam menjalankan perniagaan anda.  Sekarang anda sudah tahu perkara asas sebelum memulakan perniagaan iaitu minat, ilmu perniagaan, tenik pemasaran dan pengurusan perniagaan. Sekarang anda sudah nampak apa yang perlu anda sediakan sebelum menjalankan perniagaan. Apakah perkara seterusnya yang perlu anda ketahui? Sekiranya anda mengalami masaalah dalam menjalankan perniagaan siapa yang anda akan cari?ikuti maklumat seterusnya.


Siapa yang perlu anda rujuk dalam perniagaan?

Seperti yang saya katakan tadi ilmu amat penting dalam menjalankan perniagaan jadi anda perlu meluangkan masa sedikit untuk mencari ilmu pengetahuan tentang perniagaan, untuk memudahkan anda menjalankan perniagaan anda carilah seorang MENTOR yang telah membuktikan kejayaannya sebagai seorang peniaga untuk membantu anda menjalankan perniagaan anda, kenapa saya katakan begitu ? kerana kejayaan seseorang itu adalah kayu pengukur kepada anda dan orang lain tentang ilmu pengetahuan beliau dalam menjalankan perniagaan.

Dan sudah semestinya mentor anda itu mempunyai pengalaman yang banyak, pengetahuan  yang banyak dan mempunyai cara yang menyebabkan beliau berjaya. Selain itu anda juga jangan terlalu mengharapkan mentor anda itu untuk membantu anda berjaya, anda juga perlu berusaha mencari sendiri ilmu pengetahuan dengan cara menbaca buku berkenaan perniagaan, mengikuti kursus perniagaan yang sekarang banyak dijalankan di seluruh negara. Dan bergaullah dengan usahawan-usahawan lain dan bertanyalah dengan mereka tentang selok belok perniagaan. Apakah perkara terakhir yang perlu anda ketahui sebelum memulakan perniagaan anda?

Dimana anda harus mulakan perniagaan anda?

Tempat yang bagaimana merupakan tapak perniagaan yang sesui untuk dijadikan tempat anda berniaga, sebelum menjalankan perniagaan, anda perlu tahu kesesuaian perniagaan anda dengan tempat perniagaan anda itu. Sebagai contoh anda menjalankan perniagaan menjual  kek dimanakah tempat yang sesuai untuk anda beroperasi? Saya cadangkan anda bermula di rumah. Kenapa? Jawapanya sangat mudah pertama kosnya sangat rendah, kedua risiko kerugian kurang, ketiga modal yang anda perlu keluarkan sangat rendah jika dibandingkan anda membuka sebuah kedai dan yang keempat keuntungan yang anda perolehi lebih banyak. Berlainan pula jika anda berniaga makanan yang perlu dimasak.anda memerlukan tempat yang stratergik. Contohnya anda membuka gerai nasik campur  anda perlu mempunyai lokasi yang mempunyai ramai pelanggan, seperti di kawasan kilang, kawasan banyak pejabat atau tempat tumpuan orang ramai.

Terdapat banyak cara untuk anda mulakan perniagaan tapi bergantung pada modal anda kalau modal anda banyak ribu-ribu anda bukalah kedai, tapi bagi saya, saya syorkan anda jual pada orang yang terdekat  dengan anda macam keluarga, kawan pejabat, jiran  dan saudara mara anda, siapa lagi yang anda boleh jadikan sebagai pelanggan anda. Dan yang paling penting adalah Bagaimana anda Memasarkan produk anda itu.

 Inilah 5 persoalan yang perlu anda faham sebelum memulakan perniagaan dan sebelum saya mengahiri ebook ini saya ingin memberi beberapa tips untuk anda sebelum memulakan perniagaan anda. Saya tahu ramai di kalangan kita ingin berniaga tapi persoalan yang selalu bermain di fikiran kita adalah MODAL.Dulu saya juga mengalami masaalah yang sama macam anda tetapi perkara yang penting adalah MINAT nak berniaga dan saya pasti anda mempunyai minat untuk berniaga kerana anda melanggan ebook ini.

Tips Untuk Anda

Modal

Modal adalah masaalah utama yang selalu bermain di fikiran kita sebelum memulakan perniagaan. Tidak dinafikan untuk memulakan perniagaan anda perlu mempunyai modal. Untuk memulakan perniagaan modal bukanlah perkara penting kerana anda boleh mulakan perniagaan dengan modal yang sedikit, yang menjadi masaalah adalah setelah anda menjalankan perniagaan dan produk anda mendapat sambutan pasti anda mahu mengembangkan perniagaan anda jadi disinilah sebenarnya masa anda memerlukan modal yang besar.

Disinilah selalu menjadi penghalang untuk anda berjaya, anda pergi ke bank  untuk buat loan tak berjaya kerana tak cukup syarat, dan saya sarankan jangan pergi ke bank untuk buat loan adalah lebih baik anda gunakan wang anda sendiri. Kenapa saya katakan begitu? Kerana cara ini akan menambahkan RISIKO perniagaan anda. Saya pasti anda tertanya-tanya ada tak cara lain untuk mendapatkan modal. Jawapanya ADA. Nanti saya akan terangkan kemudian.


Tiada Produk(saya nak jual apa?)

Selalu kita dengar apabila nak berniaga timbul persoalan barang apa yang saya nak niagakan? Terlalu banyak produk yang boleh kita jual. Jika anda tiada kemahiran untuk di jadikan produk  anda boleh gunakan produk orang lain untuk dijual, sebagi contoh produk dari syarikat MLM, dapatkan dari pemborong atau jadi pengedar dan  banyak lagi. Anda juga boleh menyediakan perhidmatan seperti penghantaran, pembungkusan, pemfailan dan banyak lagi jenis perkhidmatan yang anda boleh usahakan.

Tak pandai menjual?

Sebelum anda menjual anda perlu kenalkan produk  dan kelebihanya terlebih dahulu kerana pelanggan tidak tahu anda dan apa yang anda jual dan ia di panggil promosi dan pemasaran. Promosi amat penting dalam perniagaan. Terdapat 2 cara untuk promosikan produk anda tadi iaitu ONLINE dan OFFLINE.


1.    Jika anda mengunakan online sebagai medium promosi dan pemasaran anda antara teknik yang anda boleh guna adalah iklan di website pengiklanan(mudah.com), buat blog(blogspot), iklan di forum(Wangcyber),  buat website perniagaan anda(kedaiaku.com), menghantar email(hotmail), mengunakan video internet (youtube) dan iklan di enjin carian(google) atau  gunakan laman sosial(facebook) itu antara kaedah yang boleh anda gunakan untuk promosi dan pemasaran perniagaan anda.

2.    Jika anda mengunakan promosi dan pemasaran offline anda boleh gunakan,flayers,papaniklan,akhbar ,majalah,tv, radio, mulut ke mulut,sms, banting,steker,cendera hati, melantik agen dan banyak lagi yang dapat membantu anda memasarkan produk anda tadi.

Sebaiknya anda gunakan kedua-dua kaedah ini kerana ia lebih cepat untuk pelanggan mengenali produk dan perniagaan anda. Ianya mungkin memerlukan modal yang besar. Tetapi jika anda tidak mempunyai modal yang  banyak sebaikya anda gunakan kaedah yang tidak memerlukan kos yang tinggi seperti blog, laman sosial, ruang iklan percuma di internet atau mulut ke mulut. Ini bukan bertujuan untuk meningkatkan penjualan anda sahaja tetapi anda harus ingat matlamat asal anda berniaga iaitu membantu menyelesaikan masaalah orang ramai, jadi anda patut memperkenalkan kepada semua orang.

Bagaimana nak menguruskan perniagaan?

Sebaiknya jika anda baru bermula  anda jalankan secara sambilan dahulu sebelum perniagaan anda maju.Setelah perniagaan anda maju dan menyebabkan anda perlu meluangkan lebih masa barulah anda jalankan secara fulltime. Jadi apa yang perlu anda uruskan? terdapt 4 perkara utama yang perlu anda uruskan sebaiknya kerana jika gagal pasti perniagaan anda tutup.

1.    Pengurusan Pemasaran
kenapa saya letakkan pengurusan pemasaran yang pertama? kerana tanpa pemasaran produk anda tidak akan terjual dan anda mengalami kerugian.Secara mudahnya Pengurusan Pemasaran bermaksud bagaimana anda menyalurkan produk dan perkhidmatan anda pada sasarannya dengan kaedah yang anda wujudkan.

Terdapat 3 faktor utama dalam Pengurusan Pemasaran iaitu :-
1.     Produk dan Perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak semasa.
2.     Sasaran golongan atau target market anda.
3.     Kaedah yang membantu meningkatkan keuntungan jualan anda.

Contonya, anda menjalankan perniagaan pakaian lelaki, dan golongan sasaran anda ialah remaja iaitu lingkungan 15 tahun hingga 25 tahun. Jadi anda perlu tahu TREND terkini golongan tersebut, dimana tempat Trend tersebut menjadi ikutan dan adakah mereka mampu membeli pakaian yang anda jual.

2.    Pengurusan Kewangan
Anda perlu menjaga dengan betul wang anda kerana jika anda tersalah guna ia akan mengakibatkan kerugian dimana produk anda habis dijual tetepi anda tiada keuntungan. Jadi berhati –hatilah dalam mengunakan wang hasil perniagaan anda.

3.    Pengurusan Produk
Anda  perlu mengurus dengan betul produk anda kerana jika tidak diuruskan dengan betul kemungkinan produk anda tidak mencukupi permintaan atau produk terlalu banyak tersimpan di dalam stor. Kan dah rugi...

4.    Pengurusan Kerja(Sistem)
Untuk memastikan perniagaan anda berjalan lancar anda perlu mempunyai satu sistem dimana dengan sistem ini dapat membantu mengurangkan risiko tutup kedai.

Tiada ulasan: