Isnin, 28 November 2011

Kepentingan Zakat & Sedekah Pada Usahawan

Kepentingan Zakat & Sedekah Pada Usahawan


Pernah anda dengar Nama Syed Mokhtar Bukhari? Ini Adalah Idola Saya dalam bidang Perniagaan Dan Keusahawanan, Tentu anda pernah dengar nama beliau dan apa sumbangannya pada Masyarakat, Kalau ada kesempatan Mahu saya Mengenali Beliau Lebih dekat…

Satu pengajaran hebat daripadanya adalah untuk beri balik kepada masyarakat. Beliau melakukan ini melalui Yayasan Al Bukhari. Hadis ada menyebut, harta kita tidak akan berkurangan sekiranya berzakat & bersedekah. Ianya adalah amat benar. Lagi banyak anda memberi dengan ikhlas, lagi banyak anda menerima.
Saya teringat masa saya muda dulu (form 4 ke form 5), saya ada menghadiri Kursus Bina Negara. Dan ketika itu, ada satu ceramah yang amat hebat. Penceramah (tak ingat nama) menyebut tentang konsep sedekah (walaupun ceramah itu bukan seperti ceramah-ceramah agama yang selalu kita dengar, penceramahnya agak modern). Beliau menyeru untuk semua sedekah RM10. Pada ketika itu, maklumlah, kita budak sekolah menengah. RM10 tu banyak sangat! 
Tetapi penceramah itu kata, beliau GUARANTEE yang beberapa hari lepas kita sedekah tu, kita akan dapat balik jumlah tersebut dan selalunya lebih daripada itu! Apa yang saya tertarik sebab penceramah tu kata “guarantee”. Selalu penceramah lain akan kata ”Insya-Allah”
So, I gave it a shot. Lepas Kursus Bina Negara, saya pun sedekah RM10 di masjid. Memang berat masa tu…
Beberapa hari kemudian, bagaikan magic, memang betul. Saya menerima RM50 daripada abang saudara yang balik dari bekerja di luar negara. Pada ketika itu, saya amat terkejut bahawa it works! Sememangnya harta tidak akan berkurangan sekiranya kita bersedekah!
Lepas sekolah menengah (umur 18 tahun), saya mulakan quest saya menjejak langkah-langkah jutawan. Oleh kerana buku2 berkisar jutawan berbahasa Malaysia tidak banyak (takde pun), so, saya baca buku mat salleh. Kisah-kisah mat salleh jutawan & billionaire juga menyebut tentang konsep ini. Konsep memberi balik… giving back. Atau lebih dikenali dalam buku2kekayaan mat salleh sebagai… thithing. 

Ramai jutawan dan billionaire melakukan ini sehinggakan ianya amat sukar mencari mereka yang berjaya yang TIDAK “beri balik” kepada masyarakat. Satu perkara saya pelajari yang amat penting adalah untuk anda beri balik. Give back. Mereka yang menjadi jutawan & billionaire mengamalkan konsep ini sebelum mereka mencapai apa-apa kekayaan pun.
Enjoy atau gunakan pendapatan yang anda terima untuk lifestyle anda, tetapi, dalam pada itu, beri balik kepada masyarakat. Apabila anda memberi balik, anda akan merasakan bahawa harta & kekayaan ada banyak dan berlebihan di dunia ini (abundance). Dengan memberi balik, ianya akan datang semula kepada anda dalam berbagai bentuk dan secara berlebihan ;)

So, why not, sedekahkan RM50… RM100… atau lebih ke mana-mana, dan yakini bahawa anda akan dapat balik tidak lama lagi.


ps: Memberi balik, bukan sekadar memberi balik wang sahaja, malah, anda juga boleh beri balik dari segi usaha, tenaga dan masa anda 

pps: American Idol pun Give Back juga. Lihat pulangan balik nya

Tiada ulasan: