Salam sahabat sekalian.... berapa kali anda pernah gagal dalam perniagaan? 1x,2x atau berkali- kali!, Kalau sekali anda gagal dan anda meraskan anda sudah tidak mampu untuk bangkit, anda adalah orang yang paling gagal dalam dunia... dan orang yang takut menempuh kegagalan adalah orang yang paling malang.
Dalam Perniagaan Jika anda Takut pada Kegagalan anda tidak akan mencapai kejayaan. kenapa saya katakan begitu, Kerana dengan kegagalan lah kita mampu menigkatkan pengetahuan, kemahiran dan kekuatan untuk Lebih Berjaya di masa akan datang. Kegagalan merupakan GURU yang paling Berkesan dalam mengajar kita tentang kebodohan, kelemahan keangkuhan dan segalanga yang kita lakukan untuk mencapai impian kita.
Mengapa anda perlu melalui kegagalan...?
Pernahkah anda melalui situasi dimana anda sudah diberi nasihat tentang sesuatu perkara yang anda lakukan akan memberi masaalah dan Anda diberi pilihan untuk melakukannya atau mendengar nasihat tersebut. apakah kesannya sama (dalam diri) jika anda tetap melakukannya atau mendengar nasihat tersebut. Pasti kesannya tidak sama... kerana kesannya jika anda tetap melakukannya anda akan ingat akan kesulitan yang anda lalui kerana kedegilan anda itulah pengalaman yang memberi pelajaran yang berkesan. Sebaliknya jika anda mendengar nasihat tersebut anda mudah untuk melupakan nasihat tersebut kerana anda tidak pernah merasa kesannya. itulah yang membezakan pengalaman dan pengetahuan. Ini bukan bermaksud anda perlu bertindak mengikut perasaan, jika sekiranya anda merasakan pandangan itu kurang tepat anda perlu membuktikan yang pandangan itu kurang tepat bagi diri anda, carilah ilmu dan buktikan pandangan anda itu benar.
Kegagalan yang anda lalui berulang kali (bukan masaalah yang sama ya...) merupakan tangga- tangga yang perlu anda jejaki untuk mencapai puncak kejayaan.Untuk mencapai setiap tingkatan tangga, masaalah yang anda lalui pasti berbeza. Dan cara penyelesaian juga berbeza, Disinilah anda memperolehi ilmu dan pengalaman untuk membantu anda memjejaki tangga yang seterusnya. Jadi janganlah anda merasa kecewa sekirangan anda gagal menjejaki tangga seterusnya... carilah dimana kesilapan,kelemahan, kekurangan dan kekuatan untuk mengharungi rintangan untuk mencapai tangga yang seterusnya. Jangan disebabkan anda gagal anda merasakan anda tidak mampu memiliki kejayaan. Anda PERLU BERANI UNTUK MENEMPUH KEGAGALAN.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan