Ramai di kalangan kita ingin berniaga tapi takut untuk mulakan perniagaan kerana bila kita tanya rakan kita yg berniaga mereka mengatakan bukan senang nak berniaga… bukan selalu untung…. Banyah masalah dan sebagainya… ini ade sedikit kata- kata azimat dari MENTOR Saya.. berbunyi begini…
“9/10 punca Rezeki datangnya dari Perniagaan dan 9/10 daripada peniaga GAGAL dalam Perniagaannya”
Apa Pandangan anda tentang kata-kata ini… ada betulnyakan? Kan… kan… Jadi apakah yang menyebabkan ramai peniaga Khususnya peniaga Melayu GAGAL dalam Perniagaan? Apa?... tak pandai, tak kreatif, tak agrasif… baiklah mari kita kupas masalah ni… saya harap kalian semua dapat manfaat darinya…
Masalah Pertama ialah tiada ilmu….dari segi Pemasaran, Pengurusan dan Produk . Dari ketiga-tiga perkara ini yang mana paling penting adakah Produk yang Paling Penting atau Pengurusan yang paling penting atau Pemasaran yang penting? Bagi saya Ketiga-tiga Amat penting Sekiranya kita mahu Berjaya dalam perniagan. Cuma…. yang mana Lebih utama… Bagi saya yang UTAMA untuk kita tahu ialah Ilmu Pemasaran kenapa? Mudah saja… sekiranya kita mempunyai produk yang Bagus dan mempunyai pengurusan yang cekap tetapi tanpa Pemasaran yang HEBAT pasti… perniagaan kita tidak akan bertahan lama. Kerana dengan terjualnya produk kita barulah perniagaan kita boleh menghasilkan KEUNTUNGAN dan dengan keuntungan itulah kita boleh mengembangkan perniagaan kita dan kita menjadi pilihan utama para pelanggan. Mudah Bukan… prinsipnya…
Jadi kita perlu ada ilmu Pemasaran untuk Berjaya dalam Perniagaan …. Apa yang kita perlu tahu untuk menigkatkan jualan produk kita? Dalam Pemasaran terdapat perkara penting di dalamnya yang perlu kita tahu. Iaitu… teknik Pemasaran, stratergi pemasaran, Promosi dan dll.
Cukup sampai di sini dahulu… nanti saya akan terangkan lebih lanjut tentang Pemasaran ini… tapi tak tahu bila saya ada masa nak tulis lagi… jadi sekiranya anda mahu cepat mengetahui apa yang penting dalam pemasaran hubungi saya segera… anda Cuma perlu ADD saya di Facebook dan nyatakan masalah perniagaan anda akan saya bantu anda dengan Khidmat Nasihat PERCUMA tanpa BAYARAN.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan