Isnin, 29 Oktober 2012

Mari – Mari Beli !!!

Assalamualaikum…Sahabat Semua…. Apa Khabar Semua…. Anda Sihat Ke?

Hari ni tajuk saya pelik sikit.. Kan… Hari ni Baru ada peluang nak Menulis, lama tak menulis sibuk dengan berbagai acara… 

Sebenarnya tajuk yang saya nak tulis berkenaan Pemasaran. Tapi bunyinya agak bosan…kan. Jadi Saya Tukar tajuknya jadi la macam tu…he..he..he.. Sebelum saya kupas tajuk ni saya nak maklumkan disini apa yang saya tulis bedasarkan pengalaman dan sedikit pengetahuan yang saya dapat dari Kursus dan Bacaan saya. 

Bagi yang belum tahu apa itu Pemasaran, kita lihat dulu kenapa ia begitu Penting pada Peniaga. Ramai Peniaga (kebanyakannya peniaga Kecil-Kecilan) Mengabaikan Perkara ni, Bagi mereka Cukup Sudah ada Barang, Tempat perniagaan, dan orang untuk jaga kedai.

Maka jadi la Perniagaan Syok Sendiri… Yang datang pun pasal dia lalu di kedai anda sahaja. Kalau dia lalu di tempat org lain org lain la dapat. Kalau la begitu mudah untuk berjaya saya kira sudah ramai yang Kaya dan Berjaya dengan perniagaannya.



Ok mari kita mula dengan Apa Itu Pemasaran.

 Maksud Pemasaran
Dalam Bahasa mudahnya ia bermaksud bagaimana cara kita menyampaikan produk dan Perhidmatan kita pada pelanggan. 

Target Sasaran Pelanggan 
Siapa yang kita sasarkan produk atau perkhidmatan kita? Ramai yang Tidak meletakkan perkara ini sebagai Asas dalam Pemasaran, maka berteraburlah kerja kita kerana tiada sasaran yang tepat. Hasilnya anda sendiri mau ingat… 

Cara Pemasaran
Atau Stratergi Bagaimana kita mahu produk atau perkhidmatan kita itu sampai pada pelanggan. Saya Cuma cerita sedikit daripadanya sahaja yang lain anda boleh cari.



 


Jual terus pada Pelanggan 
jika anda buka kedai atau peniaga online dan selainya, anda terus menjual pada pelanggan.

Melalui orang Tengah
anda melantik org lain untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda. 

Promosi 
Anda mengadakan Promosi untuk memperkenlkan pada bakal pelanggan tenteng produk anda, caranya melalui pengiklanan, Produk atau Perkhidmatan Percuma, Teknologi Internet dan Keahlian. Anda Juga boleh dapatkan Tips Pemasaran Di Sini 50 idea pemasaran  



Cukup setakat ini dahulu perkongsian saya untuk anda bakal peniaga dan peniaga yang Kaya dan Berjaya Dunia Akhirat.

Semoga anda dilimpahi berkat dan kesejahteraan dari Allah SubhaNahuWataala. Semoga dengan limpah kurnianya anda Peroleh kejayaan.

Sekiranya anda ingin bantuan saya dalam menjayakan perniagaan Hanya Hubungi Saya melalui Facebook (taip Zul Hanif pada Search box) atau catting box di blog ini.

Tiada ulasan: